Tengku Maimun Tuan Mat | |
---|---|
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-10 | |
Menyandang jawatan 2 Mei 2019 | |
Dicalonkan oleh | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Dilantik oleh | Al-Sultan Abdullah |
Raja |
Sultan Ibrahim (2024-kini) Al-Sultan Abdullah (2019-2024) |
Perdana Menteri | Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018—2020) Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020—2021) Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021—2022) Dato Seri Anwar Ibrahim (2022—kini) |
Didahului oleh | Tun Richard Malanjum |
Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman | |
Menyandang jawatan 2 Mei 2019 | |
Didahului oleh | Tun Richard Malanjum |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Maimun binti Tuan Mat 2 Julai 1959 Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pasangan | Dato’ Haji Zamani Ibrahim |
Anak | 4 |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Tun Dato' Seri Utama Tengku Maimun binti Tuan Mat (lahir 2 Julai 1959)[1] ialah peguam Malaysia dan Ketua Hakim Malaysia yang kesepuluh. Tengku Maimun diumumkan sebagai Ketua Hakim Malaysia baharu, menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada 12 April 2019, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 2 Mei 2019. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan di dalam jabatan kehakiman tertinggi di negara ini.[2][3]