Tentera Darat Bulgaria | |
---|---|
Сухопътни войски на България | |
![]() Bendera perang Tentera Darat Bulgaria | |
Ditubuhkan pada | 1878 |
Negara | ![]() |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 36,112 anggota |
Sebahagian daripada | Kementerian Pertahanan |
Pangkalan | Sofia |
Penaung | Saint George |
Kawat | Great are our Soldiers |
Peringatan | 6 Mei |
Komander | |
Menteri Pertahanan | Georgi Panayotov |
Panglima Tentera Darat | Mejar Jeneral Mikhail Popov |
Tanda kebesaran | |
Lambang | ![]() |
Tentera Darat Bulgaria ialah komponen darat Angkatan Tentera Bulgaria. Tentera Darat ditubuhkan pada tahun 1878 daripada militia anti-Uthmaniyah (digelar opalchentsi). Tentera Darat Bulgaria ditadbir oleh Kementerian Pertahanan yang semasa zaman Kerajaan Beraja Bulgaria disebut Kementerian Perang.
Sepanjang sejarah Bulgaria, Tentera Darat dianggotai anggota kerahan. Semasa Perang Dunia I, angkatan itu mengumpulkan lebih dari satu juta tentera dari jumlah penduduk Bulgaria sekitar empat juta. Pada zaman komunisme (1946-1990), kerahan menjadi wajib dan tentera kerahan berkhidmat selama dua tahun mahupun tempoh ini dikurangkan pada tahun 1990-an. kerahan dimansuhkan pada tahun 2008 dan sekarang ini pasukan terdiri daripada anggota sukarela. Tentera Darat Bulgaria pernah berkhidmat dengan pasukan pengaman PBB di Afghanistan, Bosnia dan Herzegovina dan Kosovo.
Sejak tahun 2004, Tentera Darat sedang dalam proses penyusunan semula secara berterusan. Di bawah reformasi terbaru, briged dikurangkan menjadi rejimen, sementara beberapa garison dan briged dibubarkan.