Tentera Darat Kelima Tentera Darat Amerika Syarikat Kelima Tentera Darat Utara Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 4 Januari 1943 – 2 Oktober 1945 11 Jun 1946 – kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Cawangan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Jenis | Markas Komponen Perkhidmatan Tentera Darat |
Saiz | Tentera darat medan |
Sebahagian daripada | Ketumbukan Tentera Darat Bersekutu di Itali (kemudian dinamakan semula Tentera Bersekutu di Itali dan kemudian Kumpulan Tentera Darat Ke-15) Markas Utara Amerika Syarikat |
Pangkalan | Fort Sam Houston, Texas |
Moto | "Strength of the Nation!" |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Komander terkini | Leftenan Jeneral Jeffrey S. Buchanan |
Komander terkenal | Mark W. Clark Lucian Truscott John P. Lucas William B. Caldwell III Guy C. Swan III Thomas R. Turner II William B. Caldwell IV |
Tanda kebesaran | |
Insignia unit | |
Bendera |
Tentera Darat Utara Amerika Syarikat adalah sebuah formasi Markas Komponen Perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat yang diletakkan dibawah Markas Utara Amerika Syarikat.[1][2] Sebagai markas komponen bersama pasukan darat, ia bertanggungjawab bagi pertahanan tanah air dan bantuan pertahanan pihak berkuasa awam. Ia berpangkalan di Fort Sam Houston, Texas. Dari awal Januari 1943, apabila ia mula-mula ditubuhkan semasa Perang Dunia II, dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral Mark Wayne Clark, sehingga tahun 2004, ia sebelum ini dinamakan sebagai Tentera Darat Kelima Amerika Syarikat.