Tentera Laut Austria-Hungary kaiserliche und königliche Kriegsmarine Császári és Királyi Haditengerészet | |
---|---|
![]() Jata Tentera Laut Austria-Hungary | |
Aktif | 1786–1918 |
Negara | ![]() |
Cawangan | Angkatan Tentera Austria-Hungary |
Jenis | Tentera laut |
Peranan | Mempertahankan Laut Adriatik |
Saiz | 4 Kapal dreadnought 9 Kapal pra-dreadnought 4 Kapal pertahanan pantai 3 Kapal kruiser armor 6 Kapal kruiser ringan 30 Kapal pembinasa 36 Bot torpedo 6 Kapal selam |
Pertempuran | Perang Tujuh Minggu Pemberontakan Boxer Perang Dunia I |
Komander | |
Komander terkenal | Wilhelm von Tegetthoff Anton Haus Miklós Horthy |
Tanda kebesaran | |
Panji-panji tentera laut 1786–1915 | ![]() |
Tentera Laut Austria-Hungary adalah angkatan laut empayar Austria-Hungary. Nama rasminya dalam bahasa Jerman ialah kaiserliche und königliche Kriegsmarine (Tentera Laut Diraja dan Imperial), disingkatkan sebagai k.u.k. Kriegsmarine.
Tentera Laut tersebut wujud dibawah nama ini selepas pembentukan Dwi Monarki pada tahun 1867 dan meneruskan perkhidmatan sehingga berakhirnya Perang Dunia I pada tahun 1918. Sebelum tahun 1867, angkatan tentera laut empayar adalah daripada Empayar Austria. Menjelang tahun 1915 sejumlah 33,735 anggota berkhidmat di dalam k.u.k. Kriegsmarine.
Selepas Perang Dunia I, kedua-dua Austria dan Hungary telah dihalang menggunakan pantai mereka, dan tentera laut mereka telah dirampas oleh kuasa-kuasa Bersekutu yang menang. Bekas pelabuhan mereka di Laut Adriatik, seperti Trieste, Pola, Fiume, dan Ragusa, menjadi sebahagian daripada Itali dan Yugoslavia (selepas perpecahan Yugoslavia, pantai asalnya dibahagikan antara Slovenia, Croatia, Bosnia, dan Montenegro.)
Kapal-kapal k.u.k. Kriegsmarine telah diberi awalan nama SMS, untuk Seiner Majestät Schiff (Kapal Diraja).