Tentera Laut Itali Marina Militare | |
---|---|
![]() | |
Aktif | 1946 - kini (sebagai Regia Marina 17 Mac 1861 - 1946) |
Negara | Itali |
Jenis | Tentera laut |
Saiz | 35,200 anggota 62 buah kapal 82 pesawat |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Itali |
Moto | Patria e Onore Negara dan Kehormatan |
Peringatan | 10 Jun - Menenggelamkan kapal tempur Austria-Hungary SMS Szent István |
Komander | |
Capo di Stato Maggiore della Marina (Ketua Turus Am Tentera Laut) | Ammiraglio di Squadra Giuseppe De Giorgi |
Tentera Laut Itali (bahasa Itali:Marina Militare) merupakan salah satu daripada empat cabang Angkatan Tentera Itali. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1946, sebagai tentera laut bagi Republik Itali, daripada peninggalan Regia Marina (Tentera Laut Diraja) selepas Perang Dunia II dan kini dianggap antara lima tentera laut terbesar dunia. Jumlah sesaran tentera laut ialah sekitar 295,000 tan metrik pada tahun 2002. Marina Militare merayakan ulang tahun pada setiap 10 Jun sempenan meraikan kejayaan menenggelamkan kapal tempur milik Austria-Hungary, SMS Szent István pada 10 Jun 1918.