Tentera Laut Turki

Tentera Laut Turki
Türk Deniz Kuvvetleri
Jata Tentera Laut Turki
Aktif1081 – kini[1]
Negara Turki
JenisTentera laut
PerananPeperangan laut
Saiz48,600 anggota[2]
51 pesawat [3]
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Turki
MarkasAnkara
Moto"Always Ready"
WarnaBiru, Putih & Emas             
KawatTurkish Navy March
Peringatan27 September[1]
Laman webdzkk.tsk.tr/
Komander
Panglima Tentera LautLaksamana Adnan Özbal
Ketua StafLaksamana Madya Cihat Yaycı
Tanda kebesaran
Bendera Markas
Angkatan Laut
Turki
Roundel Pasukan Udara Tentera Laut
Masthead Pennant

Angkatan Laut Turki (Turki: Türk Deniz Kuvvetleri), atau Tentera Laut Turki (Turki: Türk Donanması) adalah cabang perkhidmatan peperangan laut bagi Angkatan Tentera Turki.

Asal-usul tentera laut ini bermula dengan armada pertama Turki yang berlayar merentasi Laut Aegia pada hujung abad ke-11, armada beylik Anatolia pada abad ke-14, dan, lebih hampir lagi, dengan Tentera Laut Empayar Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, tradisi tentera laut moden dan adat Tentera Laut Turki boleh dikesan kembali pada 10 Julai 1920, apabila ia ditubuhkan sebagai Direktorat Hal Ehwal Tentera Laut semasa Perang Kemerdekaan Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atatürk. Semenjak Julai 1949, perkhidmatan ini secara rasminya dikenali sebagai Angkatan Laut Turki.

Pada tahun 2008, Tentera Laut Turki dilaporkan mempunyai kekuatan berjumlah 48,600 anggota aktif; jumlah ini termasuk Briged Marin Amfibia serta beberapa buah pasukan khas dan detasmen komando.[2] Sehingga awal tahun 2015, tentera laut ini mengendalikan pelbagai jenis kapal dan 51 buah pesawat maritim.

  1. ^ a b History of Turkish Naval Forces Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine (Official Turkish Naval Forces website)
  2. ^ a b Library of Congress - Federal Research Division (August 2008), Country Profile: Turkey (PDF), m/s. 25–26
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Flightglobal
  4. ^ "Türk Silahlı Kuvvetlerinin Barışı Destekleme Harekâtlarına Katkıları". tsk.tr. Dicapai pada 18 June 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne