Tentera Udara Perancis | |
---|---|
Armée de l'air | |
Ditubuhkan pada | Sebahagian dari Tentera Darat Perancis tahun 1909, jadi cabang tentera udara pada 1934 |
Negara | Perancis |
Jenis | Tentera udara |
Saiz | 43,597 anggota (2015)[1][2] 627 buah pesawat[3] |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Perancis |
Komander | |
Ketua Turus Tentera Udara Perancis | Jeneral André Lanata[4][5] |
Tanda kebesaran | |
Roundel |
Angkatan Tentera Perancis |
---|
Komponen |
Pangkat |
Sejarah |
Tentera Udara Perancis (Perancis: Armée de l'air [aʀme də lɛʀ], "ketumbukan udara") adalah pasukan udara didalam Angkatan Tentera Perancis. Ditubuhkan pada tahun 1909 sebagai Service Aéronautique, iaitu sebuah pasukan udara dalam Tentera Darat Perancis, yang kemudiannya diubah menjadi cabang tentera yang bebas pada tahun 1934, ia dipercayai menjadi tentera udara tertua di dunia. Jumlah pesawat yang berkhidmat dengan Tentera Udara Perancis berubah-ubah mengikut sumber, bagaimanapun sumber dari Kementerian Pertahanan Perancis memberikan angka 658 buah pesawat pada tahun 2014.[6][7] Tentera Udara Perancis memiliki 219 buah pesawat tempur yang berkhidmat, majoritinya terdiri daripada 124 Dassault Mirage 2000 dan 95 Dassault Rafale. Seawal tahun 2014, Tentera Udara Perancis mempunyai sejumlah 43,597 anggota tetap. Elemen simpanan tentera udara mengandungi 5,187 anggota dari Rizab Operasi.[2]
Menteri Pertahanan Perancis bertanggungjawab bagi pelaksanaan polisi tentera. Beliau dinasihati oleh Ketua Turus Pertahanan (CEMA) dari segi penggunaan angkatan tentera dan penguasaan operasi tentera. Ketua Turus Tentera Udara Perancis (Chef d'État-Major de l'Armée de l'Air, CEMAA) menentukan doktrin tentera udara dan menasihati CEMA bagaimana untuk menggunakan aset-aset udara Perancis. Beliau bertanggungjawab bagi penyediaan dan bantuan logistik tentera udara. Ketua Turus Tentera Udara terkini ialah Général d'armée aérienne André Lanata yang dilantik pada 21 September 2015.