"Terbaik Bagimu" | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||
Single oleh Siti Nurhaliza | |||||||
daripada album Fragmen | |||||||
Dilancarkan | 15 Oktober 2014 (Digital) 14 April 2014 (Persembahan secara langsung) | ||||||
Dirakamkan |
| ||||||
Format | Muat turun digital | ||||||
Genre | Pop | ||||||
Panjang | 4:10 | ||||||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia) | ||||||
Penulis | Ade Govinda | ||||||
Penerbit | Ade Govinda, Aubrey Suwito | ||||||
Kronologi single Siti Nurhaliza | |||||||
| |||||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Terbaik Bagimu ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Ini merupakan single ketiga beliau daripada album ke-17 beliau, Fragmen. Lagu ini dicipta oleh Ade Govinda, seorang komposer dan penulis lirik dari Indonesia.
Dipersembahkan buat pertama kali semasa konsert Dato' Siti Nurhaliza - Live In Singapore pada 14 April, lagu yang berkisar perasaan seorang isteri yang sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk suaminya tetapi masih merasakan ia tidak mencukupi. Lagu ini dikeluarkan secara rasmi sebagai single pada 15 Oktober 2014 sempena promosi album Fragmen di Indonesia. Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk drama Melayu 14 episod, "Nasuha" disiarkan di TV9 pada 3 Februari 2015. Pada bulan Mac 2015, ia juga telah dipilih sebagai lagu tema untuk telefilem Melayu, "Talak", di TV3.
Pada 5 September 2014, Terbaik Bagimu dicalonkan menerusi kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik di Singapura. Biarpun tiada muzik video rasmi dikeluarkan, sebuah video lirik lagu ini telah dikeluarkan pada 4 Mei 2015.