Terminal Bersepadu Selatan

Platform ketibaan Terminal Bersepadu Selatan

Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS; Jawi: ترمينل برسڤادو سلاتن-باندر تاسيق سلاتن) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010.

Pada 4 Jun 2009, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz menyatakan hab Bandar Tasik Selatan berharga RM570 juta itu tidak akan berfungsi sebagai hab pusat menggantikan Hentian Puduraya. Sebaliknya akan berfungsi untuk ke selatan Semenanjung Malaysia sahaja. Kesesakan trafik di Hentian Puduraya di tengah-tengah bandar raya dapat dikurangkan. Operasi 500 buah bas sehari di Puduraya dijangka dapat dikurangkan nanti.

Pemaju projek ini ialah Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd. Pengarah Eksekutifnya ialah Tan Sri Abu Sahid Mohamed. Luas kawasan yang diperuntukkan ialah 20 hektar.Ia terletak berdekatan stesen KLIA Express Rail Link (ERL), LRT Laluan Sri Petaling/Ampang dan KTM Komuter. Apabila siap pada November 2010, ia akan mengandungi bangunan terminal utama enam tingkat, 21 ruang bas berlepas, 18 ruang ketibaan bas, 31 ruang bagi teksi perjalanan jauh dan 1,372 ruang parkir. Setakat Jun 2009, projek ini 35 % siap.[1]

Pada Disember 2010, diumumkan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) akan beroperasi menyediakan perkhidmatan kepada penumpang bas dan teksi dari Kuala Lumpur ke Utara dan Selatan Semenanjung mulai Januari 2011.[2]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne