Thaler Mecklenburg

Thaler Mecklenburg ialah mata wang bagi dua buah duchy (kemudiannya masing-masing menjadi Kawasan Pemerintahan Grand Duke Mecklenburg-Schwerin dan Kawasan Pemerintahan Grand Duke Mecklenburg-Strelitz) sehingga 1857. Ia kemudian digantikan oleh Vereinsthaler Mecklenburg pada tara. Sejak 1848, nilainya sama sahaja dengan Thaler Prusia. Thaler Mecklenburg dibahagikan kepada 48 Schillinge, dengan setiap Schillinge bernilai 12 Pfenninge.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne