Thatcherisme menyatakan mengenai gaya politik keyakinan, ekonomi, dasar sosial, dan politik dari ahli politik parti Konservatif United Kingdom, Margaret Thatcher, yang berkhidmat sebagai ketua partinya sejak tahun 1975 sehingga 1990. Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kepada kepercayaan kerajaan United Kingdom semasa Thatcher berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari Mei 1979 sehingga November 1990 dan semasa pemerintahan John Major dan Tony Blair. Penyokong Thatcherisme pulak disebut sebagai Thatcherit.
Dua istilah Thatcherisme dan pengaruhnya bagi sejarah United Kingdom selama beberapa dekad terakhir masih kontroversi. Dalam hal ideologi, Thatcherisme disebut-sebut Nigel Lawson, Chancellor of the Exchequer dari tahun 1983 hingga 1989, sebagai platform politik yang mengutamakan pasaran bebas dengan pengetatan perbelanjaan kerajaan dan pemotongan cukai ditambah nasionalisme United Kingdom sama ada di dalam mahupun diluar negeri.[1] The Daily Telegraph pada April 2008 menyatakan bahawa program kerajaan British dari parti bukan konservatif , kabinet Tony Blair yang mengutamakan 'New Labour', pada dasarnya menerima tindakan reformasi pusat khas Thatcherisme seperti kawal selia, penswastaan industri-industri kebangsaan yang penting, mengekalkan pasaran tenaga kerja yang fleksibel, mengetepikan syarikat buruh dan melakukan devolusi pembuatan keputusan kepada kerajaan daerah.[2]