The Exchange 106

The Exchange 106
ذى إيکسچينج 106
Menara The Exchange 106 kini dalam pembinaan di ibu kota
Map
Nama lamaMenara TRX
Maklumat umum
StatusSelesai
JenisPejabat
LokasiTun Razak Exchange, Kuala LumpurKuala Lumpur, MalaysiaMalaysia
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat3°8′30.84″N 101°43′7.5″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula2016
Disiapkan pada2019
Dirasmikan pada2019 Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat ketinggian
Tinggi492 m (1,614 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat106
Reka bentuk dan seni bina
PemajuMulia Group
Kontraktor utamaMulia Group
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

The Exchange 106 (dahulunya dikenali sebagai: Menara TRX) merupakan pencakar langit yang telah siap dibina di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Pembinaan bermula pada 29 April 2016, dan dirancang siap dibina pada pertengahan 2019. Apabila siap dibina, ia akan mempunyai 106 tingkat dan mencapai ketinggian 492 meter[1] secara langsung akan menggantikan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sebelum Menara Warisan Merdeka siap dibina yang dijangka pada 2022.[2] Bangunan ini ialah pencakar langit kedua di Asia Tenggara.

Projek dibangunkan oleh Mulia Group Malaysia[3] dengan kerjasama kontraktor dari China Construction Eighth Engineering Bureau Co. Ltd. Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi dibina oleh syarikat China di luar Tanah Besar China.

  1. ^ "The Exchange 106". The Skyscraper Center. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Kuala Lumpur Skyscraper Diagram - SkyscraperPage.com". skyscraperpage.com. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  3. ^ "Mulia Group Malaysia - The Exchange 106". The Mulia Group Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne