![]() | |
Jenis | Budaya popular, hiburan, berita, ulasan, politik |
---|---|
Format | Internet |
Diasaskan | 1993 |
Bahasa | Inggeris |
Ibu pejabat | Chicago, Illinois, A.S. |
Pemilik | Onion, Inc. |
Ketua pengarang | Laura M. Browning |
Laman sesawang | avclub |
The A.V. Club ialah akhbar dalam talian[1] dan laman web hiburan yang menampilkan ulasan, wawancara, dan artikel lain berkaitan filem, muzik, televisyen, buku, permainan, dan unsur-unsur media kebudayaan pop yang lain.
Terbitan ini asalnya dicipta pada tahun 1993 sebagai terbitan sampingan kepada akhbar satira dan jenaka The Onion, ia dilancarkan sebagai suatu laman di Internet pada tahun 1996 namun mula menjadi masyhur dengan rekabentuk laman ia yang lebih segar sehingga mampu meraih tarikan pembaca pada tahun 2005.[2] membolehkan identiti dalam talian berkembang. Laman ini jauh berbeza daripada penerbitan induknya dari segi pendekatan berita yang serius sepenuhnya.
Nama penerbitan ini merujukan kepada "kelab-kelab audiovisual" yang lazim ditubuhkan di sekolah-sekolah tinggi Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kokurikulum sukatan pelajaran negara sana.[3]