The Sims 4

The Sims 4
PembangunMaxis
The Sims Studio[1]
PenerbitElectronic Arts
PengeluarKevin Gibson
Grant Rodiek
Ryan Michael Vaughan
PerekaEric Holmberg-Weidler
Matt Yang
ArtisMagnus Hollmo
Samantha Miceli
Steven Ross
PenulisDanielle von Mayrhauser
KomposerIlan Eshkeri
SiriThe Sims
Enjinproprietary engine Sunting ini di Wikidata
PlatformMicrosoft Windows
OS X
PlayStation 4
Xbox One
PelepasanMicrosoft Windows
  • NA: September 2, 2014
  • AU: September 4, 2014
  • EU: September 4, 2014
  • UK: September 5, 2014
OS X
  • WW: February 17, 2015
PlayStation 4, Xbox One
  • WW: November 17, 2017
GenrePermainan Simulasi Kehidupan
ModPemain tunggal

The Sims 4 merupakan susulan untuk The Sims 3 dan juga merupakan generasi keempat dalam siri permainan video The Sims. Seperti permainan The Sims yang sebelum ini, The Sims 4 merupakan permainan video simulasi kehidupan yang mana pemain akan mengawal manusia alam maya iaitu Sim untuk mengawal kehidupan mereka. Permainan ini tidak mempunyai kemenangan dan tiada matlamat utama.

Seperti dalam permainan The Sims yang lain, The Sims 4 mendapat kandungan yang diperbaharui seperti:

  • Sims sekarang mempunyai emosi
  • Sims sekarang boleh membuat dua aktiviti dalam satu masa dengan adanya multitask
  • Create a Sim dan Build Mode yang telah dinaik taraf

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kandungan yang terdapat dalam The Sims 1, 2 dan 3 telah dipadam dan tidak dijumpai dalam The Sims 4 seperti peringkat umur kanak-kanak kecil "Toddler", kolam renang, dunia terbuka, bomba, perompak, "Create a Style" dan lain-lain atas sebab-sebab tertentu. Beberapa kandungan tersebut telah kembali untuk The Sims 4 melalui "Update" atau dikenali sebagai "Patch" oleh Maxis dan EA sendiri dan melalui modifikasi oleh sesetengah pemain.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne