Thomas Jefferson | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-3 | |
Dalam jawatan 4 Mac 1801 – 4 Mac 1809 | |
Naib Presiden | Aaron Burr George Clinton |
Didahului oleh | John Adams |
Digantikan oleh | James Madison |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shadwell, Virginia | 13 April 1743
Mati | 4 Julai 1826 Charlottesville, Virginia, A.S | (umur 83)
Tempat semadi | Monticello Charlottesville, Virginia |
Parti politik | Parti Republik Demokratik |
Pasangan | Martha Wayles |
Anak | Martha Jane Mary Lucy Lucy Elizabeth |
Tempat belajar | Kolej William dan Mary |
Bidang pengkhususan | ahli politik dan lain-lain |
Tandatangan | |
Thomas Jefferson (13 April 1743 – 4 Julai 1826) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ketiga (1801–1809), pengarang utama Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat (1776), serta salah satu pengasas Amerika Syarikat yang terpengaruh. Peristiwa-peristiwa yang utama semasa kepresidenannya termasuk Pembelian Louisiana (1803), Akta Embargo 1807, dan Ekspedisi Lewis dan Clark (1804–1806).
Seorang ahli falsafah politik yang mempromosikan liberalisme klasik, republikanisme, dan pemisahan antara gereja dengan kerajaan, Jefferson ialah pengarang Statut Virginia untuk Kebebasan Agama (1779, 1786) yang merupakan asas untuk Fasal Pengasasan Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan eponim untuk demokrasi Jefferson dan pengasas serta ketua Parti Demokratik-Republikan yang menguasai politik Amerika Syarikat melebihi satu suku abad. Jefferson juga merupakan Gabernor Virginia yang kedua (1779–1781), Setiausaha Negara Amerika Syarikat pertama (1789–1793), serta Naib Presiden Amerika Syarikat yang kedua (1797–1801).
Selain daripada kerjaya politiknya, Jefferson ialah seorang pemilik ladang, ahli pertanian, ahli hortikultur, arkitek, ahli etimologi, ahil arkeologi, ahli matematik, ahli kriptografi, juruukur, ahli paleontologi, pengarang, peguam, pereka, pemain biola, dan pengasas Universiti Virginia. Banyak orang menganggap Jefferson sebagai salah satu daripada orang yang paling bijak yang pernah menyandang kepresidenan Amerika Syarikat. Ketika menyambut 49 pemenang Hadiah Nobel dari Hemisfera Barat ke Rumah Putih, Presiden John F. Kennedy berkata: "Aku berfikir ini adalah himpunan bakat dan pengetahuan manusia yang paling luar biasa yang pernah berhimpun di Rumah Putih, mungkin kecuali ketika Thomas Jefferson makan sendirian." [1]