Tipu Sultan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Badshah Nasib ad-Dawlah Mir Fateh Ali Bahadur Tipu | |||||
Fail:TipuSultanPic.jpg | |||||
Sultan Mysore | |||||
Pemerintahan | 10 Disember 1782 – 4 Mei 1799 | ||||
Kemahkotaan | 29 Disember 1782 | ||||
Didahului oleh | Hyder Ali | ||||
Diikuti oleh | Krishnaraja Wodeyar III (sebagai pemerintah Wodeyar) | ||||
Keputeraan | [1] Devanahalli, kini Bangalore, Karnataka | 20 November 1750||||
Kemangkatan | 4 Mei 1799[1] Srirangapatna, kini Mandya, Karnataka | (umur 48)||||
Pemakaman | Srirangapatna, kini Mandya, Karnataka 12°24′36″N 76°42′50″E / 12.41000°N 76.71389°EKoordinat: 12°24′36″N 76°42′50″E / 12.41000°N 76.71389°E | ||||
Pasangan | Khadija Zaman Begum dan 2 atau 3 yang lain | ||||
Anakanda | Shezada Hyder Ali, Ghulam Muhammad Sultan Sahib dan ramai lagi | ||||
| |||||
Kerabat | Mysore | ||||
Ayahanda | Hyder Ali | ||||
Bonda | Fatima Fakhr-un-Nisa | ||||
Agama | Islam |
Tipu Sultan (lahir Sultan Fateh Ali Sahab Tipu,[2] 20 November 1750 – 4 Mei 1799), juga dikenali sebagai Tipu Sahab atau Harimau Mysore,[3] adalah pemerintah kerajaan beraja Mysore yang terletak di India Selatan dan seorang perintis artileri roket.[4][5][6] Beliau telah memperkenalkan sejumlah inovasi pentadbiran semasa pemerintahan beliau,[7] termasuk satu sistem matawang dan kalendar baharu,[8] dan sebuah sistem hasil tanah baharu yang mencetuskan perkembangan industri sutera Mysore.[9] Beliau memperluaskan penggunaan roket Mysore dan menghasilkan manual ketenteraan Fathul Mujahidin. Beliau menggunakan roket-roket ini bagi menentang kemaraan tentera British dan sekutunya semasa Perang Anglo-Mysore, termasuk dalam Pertempuran Pollilur dan Pengepungan Seringapatam. Beliau juga memulakan sebuah program pembangunan ekonomi yang menjadikan Mysore sebagai sebuah kuasa ekonomi, antara gaji sebenar dan standard hidup tertinggi di dunia pada akhir kurun ke-18.[10]
Napoleon Bonaparte, seorang panglima Perancis telah memohon satu pakatan dengan Tipu Sultan. Kedua-dua Tipu Sultan dan bapa beliau telah menggunakan tentera yang dilatih oleh Perancis dengan sokongan Perancis untuk melawan British,[11][12] dan dalam pergelutan Mysore dengan kuasa-kuasa berjiran dengannya, seperti Maratha, Sira, dan para pemerintah di Malabar, Kodagu, Bednore, Carnatic, dan Travancore. Bapa Tipu, Hyder Ali, menaiki takhta apabila berjaya menawan Mysore,[perlu rujukan] dan Tipu mengantikan beliau sebagai pemerintah Mysore setelah kematian bapa beliau pada tahun 1782. Beliau mendapat kemenangan-kemenangan penting ke atas British dalam Perang Anglo-Mysore Kedua dan merundingkan Perjanjian Mangalore 1784 dengan British selepas kematian bapa beliau akibat kanser pada bulan Disember 1782 semasa Perang Anglo-Mysore Kedua.
Konflik Tipu dengan jiran-jiran beliau termasuk Perang Maratha–Mysore yang mana berakhir dengan Perjanjian Gajendragarh.[13] Perjanjian ini memerlukan Tipu Sultan untuk membayar 4.8 juta rupees sebagai pampasan sekali bayar untuk kos perang kepada Marathas, dan sumbangan tahunan sebanyak 1.2 juta rupees selain tambahan memulangkan kesemua wilayah yang ditawan oleh Hyder Ali.[14][15]
Tipu menjadi seorang musuh yang sukar ditewaskan oleh Syarikat Hindia Timur British, mencetus sebuah konflik dengan serangan beliau ke atas sekutu British, Travancore pada tahun 1789. Dalam Perang Anglo-Mysore Ketiga, beliau telah dipaksa menandatangani Perjanjian Seringapatam, dengan kehilangan sejumlah wilayah yang dahulunya ditawan, termasuk Malabar dan Mangalore. Beliau telah menghantar duta-duta ke negara-negara luar termasuk empayar Uthmaniyah, Afghanistan, dan Perancis, dalam satu cubaan untuk mengumpul sekutu untuk menentang British.
Semasa Perang Anglo-Mysore Keempat, tentera imperial daripada Syarikat Hindia Timur British telah dibantu oleh Maratha. Mereka berjaya mengalahkan Tipu, dan beliau telah terbunuh pada 4 Mei 1799 semasa mempertahankan kubu beliau di Seringapatam.
Semasa zaman penjajahan di benua kecil India, beliau telah disanjung sebagai seorang pemerintah[16][17][18][19][20] yang menentang penjajahan British,[21][22]. Tetapi beliau juga dikritik kerana menundukkan penentangan Hindu di Malabar dan Kristian di Mangalore di sebabkan alasan agama dan politik.[23][24][25][26][27][28]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hasan
Tipu Sultan died a heroic death fighting the British. He was also a pioneer in the development and use of Mysore rockets in warfare. This technology was later adopted by the Europeans.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Narasimha
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Parthasarathi
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mehta
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama padiga3