Tiz Zaqyah | |
---|---|
![]() Tiz semasa sesi permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 di Genting Highlands, Pahang. | |
Kelahiran | Siti Zaqyah binti Abdul Razak 25 Oktober 1988 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2006–kini |
Siti Zaqyah binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah (lahir 25 Oktober 1988) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi Malaysia. Tiz memulakan kerjayaan lakonannya menerusi watak sampingan dan lakonan pertama beliau ialah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat beliau dikenali dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Tiz dikenali menerusi watak Nur Amina dalam Nur Kasih dan drama ini melayakkan beliau menerima anugerah "Pelakon TV Wanita Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.[1]