Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Damansara, Selangor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Gobind Singh Deo |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P106 Petaling Jaya Utara, Selangor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2018 | |
Didahului oleh | Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Majoriti | 19,972 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Batu Pahat, Johor[1] | 1 Ogos 1972
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli Parlimen, Pelabur |
Laman web | Blog Tony |
Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee (lahir 1 Ogos 1972) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Cina yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pua adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif, CEO bagi Cyber Village Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham SESDAQ. Pada awal 2007, beliau menjual semua kepentingannya di dalam syarikat berkenaan dan meletakkan jawatan CEO beliau untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Pua mendapat ijazah daripada Keble College, Universiti Oxford di dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di bawah Yayasan MTC pada tahun 1994. Sebelum itu beliau menerima biasiswa Yayasan Shaw dan Asean untuk melanjutkan pelajaran beliau di peringkat "O" dan "A"-Level di Raffles Institution dan Raffles Junior College.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Masyarakat dengan majoriti sebanyak 19,972 undi. Beliau memperolehi 37,851 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi.[2]