Tony Scott | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Anthony David Leighton Scott 21 Jun 1944 |
Meninggal dunia | 19 Ogos 2012 San Pedro, Los Angeles, California, A.S. | (umur 68)
Sebab kematian | Bunuh diri dengan terjun |
Dikebumikan | Hollywood Forever Cemetery, Hollywood, California, A.S. |
Kerakyatan | British |
Pusat pendidikan | Royal College of Art |
Pekerjaan | Pengarah, penerbit filem |
Tahun aktif | 1969–2012 |
Karya terkenal | Top Gun True Romance Crimson Tide Enemy of the State The Taking of Pelham 123 |
Pasangan | Gerry Boldy (k. 1967; c. 1974) Glynis Staunton (k. 1986; c. 1987) Donna W. Wilson (k. 1994) |
Anak-anak | 2 |
Keluarga | Ridley Scott (abang) Jake Scott (anak saudara) Jordan Scott (anak saudara) LLuke Scott (anak saudara) |
Anthony David Leighton Scott (21 Jun 1944 - 19 Ogos 2012) ialah pengarah filem, penerbit dan penulis skripInggeris. Beliau dikenali untuk mengarahkan filem aksi dan thriler seperti Top Gun (1986), Beverly Hills Cop II (1987), The Last Boy Scout (1991), True Romance (1993), Crimson Tide (1995), Enemy State (1998), Man on Fire (2004), Déjà Vu (2006), dan Unstoppable (2010).
Scott ialah adik lelaki pengarah filem Sir Ridley Scott. Mereka berdua lulus dari Royal College of Art di London. Pada tahun 1995, Tony dan Ridley menerima Anugerah BAFTA untuk Sumbangan Cemerlang British Kepada Pawagam.[1] Pada tahun 2010, mereka menerima Anugerah BAFTA Britannia untuk Sumbangan Sedunia untuk Hiburan Filem.[2] Beliau meninggal dunia akibat bunuh diri pada 19 Ogos 2012, dengan melompat dari Vincent Thomas Bridge di San Pedro, California.[3]