Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Tony Tan Keng Yam 陈庆炎 டோனி டேன் கெங் யம் | |
---|---|
Presiden Singapura ke-7 | |
Dalam jawatan 1 September 2011 – 14 September 2017 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Sellapan Ramanathan |
Digantikan oleh | Halimah Yacob |
Menteri Keselamatan dan Pertahanan | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2003 – 1 September 2005 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Kedudukan diwujudkan |
Digantikan oleh | Shunmugam Jayakumar (Kselamatan Negara) |
Timbalan Perdana Menteri Singapura | |
Dalam jawatan 1 Ogos 1995 – 1 September 2005 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Ong Teng Cheong |
Digantikan oleh | Wong Kan Seng |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 1 Ogos 1995 – 1 Ogos 2003 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong |
Didahului oleh | Lee Boon Yang |
Digantikan oleh | Teo Chee Hean |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 1 Januari 1985 – 29 Disember 1991 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew Goh Chok Tong |
Didahului oleh | Goh Keng Swee |
Digantikan oleh | Lee Yock Suan |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 24 Oktober 1983 – 1 Januari 1985 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew |
Didahului oleh | Lee Kuan Yew |
Digantikan oleh | Richard Hu Tsu Tau |
Ahli Parlimen Singapura bagi GRC Sembawang | |
Dalam jawatan 4 September 1988 – 6 May 2006 | |
Didahului oleh | Perlembagaan diwujudkan |
Digantikan oleh | Khaw Boon Wan |
Ahli Parlimen Singapura bagi SMC Sembawang | |
Dalam jawatan 11 Februari 1979 – 3 September 1988 | |
Didahului oleh | Teong Eng Siong |
Digantikan oleh | Perlembagaan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Singapura | 7 Februari 1940
Parti politik | Calon bebas (2011–kini) |
Gabungan politik lain | Parti Tindakan Rakyat (Sebelum 2011) |
Pasangan | Mary Chee Bee Kiang |
Anak | 3 lelaki 1 perempuan |
Tempat belajar | Universiti Nasional Singapura Massachusetts Institute of Technology University of Adelaide |
Bidang pengkhususan | Ahli Matematik Pengurus bank |
Laman web | Tapak web rasmi |
Dr. Tony Tan Keng Yam (Cina Ringkas: 陈庆炎 ; pinyin: Chén Qìngyán; Minnan: Tân Khèng-iām, lahir 7 Februari 1940, di Singapura) ialah Presiden Singapura.[1] Beliau seorang ahli politik Singapura, jurubank, dan ahli matematik. Dalam Pilihan raya Presiden Singapura 2011 beliau menang tipis dengan margin 0.35% . Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-7 di Singapura pada 1 September 2011 hingga 14 September 2017.
Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan dan Pertahanan Singapura. Tan berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari 24 Oktober 1983 hingga 1 Januari 1985, sebagai Menteri Pendidikan dari Januari 1985 hingga Disember 1991, sebagai Menteri Kesihatan dari 2 Januari 1985 dan 6 Mei 1985 dan Menteri Perdagangan dan Industri antara 7 May 1985 hingga 17 Februari 1986. Pada akhir 1980-an, Tan adalah pilihan pertama Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Singapura, tetapi beliau enggan.
Pada Disember 1991, Dr Tan berundur dari Kabinet untuk kembali ke sektor swasta sebagai Pengerusi dan Pegawai Ketua Eksekutif bagi Overseas Chinese Banking Corporation. Bagaimanapun beliau mengekalkan kerusinya dalam Parliament Singapura sebagai Wakil Kawasan Undi GRC Sembawang sehingga bersara pada 2006.