Too Phat

Too Phat
Too Phat di majlis promosi album Rebirth Into Reality pada September 2005. Dari kiri: Malique dan Joe Flizzow.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1998–2007, 2010
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Ahmad Izham Omar, Innuendo, Naughtius Maximus, Ruffedge, V.E, Teh Tarik Crew, Phlowtron, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Camelia, Dian Sastrowardoyo, Inul Daratista, M.O.B, Muchachaz, Yasin Sulaiman, Yusni Hamid, Reefa, Warren G, DJ T-Bone, Kyla, Weapon X, Machi
Laman sesawang
www.toophat.com.my
Bekas ahli

Too Phat ialah sebuah duo penyanyi hip hop Malaysia, terdiri daripada Malik Ibrahim (Malique) dan Johan Ishak (Joe Flizzow).[1][2][3][4][5] Ditubuhkan pada 1998, duo ini terkenal dengan mendendangkan lagu rap yang kebanyakannya berbahasa Inggeris, diadun dengan unsur-unsur kemalaysiaan dan keasiaan. Antara lagu-lagu terkenal Too Phat ialah "Jezzebelle", "Clap to This", "Anak Ayam (Freak To The Beat)", "Just a Lil' Bit", "Ala Canggung", "Snap" dan "Dua Dunia". Mereka menandatangani kontrak rakaman bersama Positive Tone dan melancarkan album sulung mereka, Whutthadilly? (1999). Album kedua mereka, Plan B (2001) telah terjual sebanyak 45,000 unit tidak lama selepas dikeluarkan. Duo ini mengikuti kejayaan mereka dengan melancarkan dua album berikut—360° (2003) dan Rebirth Into Reality (2005) yang masing-masing mendapat sambutan daripada peminat dan pengkritik muzik.

Too Phat ialah kumpulan hip hop paling berjaya di Malaysia pada 2000-an dan dikenali sebagai salah satu daripada sebilangan kecil artis hip hop Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia. Sepanjang kerjaya mereka, duo ini telah bekerjasama dengan ramai artis tempatan serta antarabangsa. Kumpulan ini juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Era. Too Phat dibubarkan pada 2007 dengan Malique dan Joe Flizzow meneruskan kerjaya solo.[6][7][8][9] Kejayaan mereka mendorong lebih ramai artis hip hop berkumpulan mengikut jejak langkah mereka.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Too Phat bio
  2. ^ Kay Suhaimi (20 Julai 2018). "Too Phat: Sejarah duo hip hop yang pernah menggegarkan Malaysia". Iluminasi. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  3. ^ Zubir Mohd Yunos (13 Mei 2001). "Dua pendekar hip-hop". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  4. ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  5. ^ Marina Abdul Ghani (1 Februari 2000). "In Too Phat style" [Dalam gaya Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  6. ^ Faridul Anwar Fainordin (28 April 2003). "Saudi Arabia digs Too Phat" [Arab Saudi mengintai Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  7. ^ "Too Phat's known far and wide" [Jauh dan luas Too Phat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 2 Mei 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2018. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  8. ^ "Too Phat raps out an international winner" [Too Phat mengintai pemenang antarabangsa] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 4 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2016. Dicapai pada 8 Januari 2013.
  9. ^ Zaidi Mohamad (25 Februari 2009). "Bergerak solo". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 26 Mei 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne