Topokon | |
---|---|
Etimologi: Tumbuhan Orkid iaitu Tapako dalam bahasa Dusun | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat |
Daerah | Tuaran |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kod kawasan | 088 |
Kawasan Kejiranan | Tenghilan, Tuaran, Tamparuli |
Topokon adalah sebuah mukim berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Tamparuli yang terletak di Daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Jarak kampung ini daripada pekan Tuaran ialah 10 kilometer dan 9.5 kilometer daripada pekan Tamparuli. Penduduknya adalah terdiri daripada suku kaum dusun. Mereka adalah petani, penoreh getah, bekerja dengan kerajaan, bekerja di sektor swasta dan sebagainya. Penduduk menganuti agama Kristian, Islam dan Pagan. Topokon dikenali dengan jalanraya yang berliku-liku. Penghasilan penduduk di sini adalah getah, padi, halia, buah-buahan tempatan seperti langsat, cempedak, tarap dan durian. Terdapat juga kedai kecil yang berdekatan untuk kemudahan masyarakat di kawasan Topokon.