Tork

Hubungan antara daya F, tork τ, momentum linear p, dan momentum sudut L dalam satu sistem yang mempunyai putaran tertumpu pada satu satah sahaja (daya dan momen disebabkan graviti dan geseran diabaikan.

Tork, kilasan, momen atau momen daya (simbol: atau τ) ialah kuantiti daya pusingan atau putaran yang dikenakan ke atas sesuatu tuas hasil putaran objek berpusatkan suatu paksi,[1][2] fulkrum, atau pangsi yang mana arah kilasan ini mengikut arah daya yang dikenakan terhadap objek yang beredar.[2] Jika daya itu menarik atau menolak, tork boleh dianggap sebagai satu piuhan kepada objek. Ia adalah kuantiti vektor (bentuk diungkapkan: )[2] menggunakan unit piawai Newton meter (N⋅m).[3][4]

Secara matematiknya, tork dapat ditakrifkan sebagai hasil darab silang bagi jarak/panjang lengan tuas dengan daya, yang menyebabkan putaran.

  1. ^ Serway, R. A. and Jewett, Jr. J. W. (2003). Physics for Scientists and Engineers. 6th Ed. Brooks Cole. ISBN 0-534-40842-7.
  2. ^ a b c Khairul Ikhwan Khamis (9 April 2021). "Apakah Itu Tork". PakcikEngineer. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  3. ^ From the official SI website: "...For example, the quantity torque is the cross product of a position vector and a force vector. The SI unit is newton metre. Even though torque has the same dimension as energy (SI unit joule), the joule is never used for expressing torque."
  4. ^ "SI brochure Ed. 9, Section 2.3.4" (PDF). Bureau International des Poids et Mesures. 2019. Dicapai pada 29 Mei 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne