TraXX FM

FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik

TraXX FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Service), Radio Malaysia, Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris: Blue Network atau The Blue Network), Radio 4 dan Radio Malaysia Saluran 4 (Radio 4)) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Service) dan Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris: Blue Network atau The Blue Network)) ialah stesen radio nasional Bahasa Inggeris tertua di Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Inggeris di Malaysia. Moto utamanya ialah Experience the Excitement.

TraXX FM utamanya ialah di Tingkat 2 Utara, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne