Tropika merupakan kawasan sekitar Khatulistiwa di Bumi, dibatasi oleh Garisan Sartan (kira-kira 23°26' (23.5°) U) di hemisfera utara, dan Garisan Jadi (23°26' (23.5°) S) di hemisfera selatan. Kawasan tropika juga dikenali sebagai zon tropika dan zon terik (lihat zon geografi).
Kawasan tropika merangkumi seluruh kawasan di Bumi di mana Matahari mencapai titik betul-betul di atas dan betul-betul di bawah permukaan Bumi, sekurang-kurangnya sekali sepanjang setahun suria. Di luar kawasan tropika, Matahari tidak sesekali pun mencapai titik betul-betul di atas dan betul-betul di bawah sedemikian sepanjang tahun.