True Grit | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Joel Coen Ethan Coen |
Lakon layar | Joel Coen Ethan Coen |
Berdasarkan | True Grit oleh Charles Portis |
Dihasilkan oleh | Joel Coen Ethan Coen Scott Rudin |
Dibintangi | Jeff Bridges Matt Damon Josh Brolin Barry Pepper Hailee Steinfeld |
Dikisahkan oleh | Elizabeth Marvel |
Sinematografi | Roger Deakins |
Disunting oleh | Joel Coen Ethan Coen (sebagai Roderick Jaynes) |
Muzik oleh | Carter Burwell |
Syarikat penerbitan | Skydance Productions Mike Zoss Productions Scott Rudin Productions Amblin Entertainment (tidak dikredit) |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $38 juta |
Pecah panggung | $252.2 juta[1] |
True Grit ialah filem Amerika Syarikat 2010 diarahkan, ditulis, dihasilkan dan disunting oleh adik beradik Coen dan merupakan adaptasi kedua novel berjudul sama tahun 1968 karya Charles Portis - ia sebelum ini pernah diadaptasi pada tahun 1969 dibintangi John Wayne. Versi ini dibintangi Hailee Steinfeld sebagai Mattie Ross dan Jeff Bridges sebagai Marshal A.S. Reuben J. "Rooster" Cogburn, bersama-sama Matt Damon, Josh Brolin dan Barry Pepper. Selepas seorang penjenayah yang bernama Tom Chaney membunuh ayahya, gadis ladang berusia 14 tahun Mattie Ross mengupah Rooster Cogburn, untuk membantunya mencari Chaney dan membalas dendam terhadap ayahnya. Duo yang bertelingkah itu tidak keseorangan dalam usaha mereka, seorang renjer Texas bernama LaBouef juga mengesan Chaney atas sebab-sebab sendiri.
Pengambaran bermula pada bulan Mac 2010 dan True Grit secara rasmi ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 22, 2010, selepas tayangan lebih awal pada awal bulan itu.[2] Filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-61 pada Februari 10, 2011.[3] Ia dicalonkan untuk sepuluh Anugerah Akademi: Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama (Bridges), Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Sokongan (Steinfeld), Arahan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Campuran Suara Terbaik dan Suntingan Suara Terbaik. Filem ini dikeluarkan dalam Blu-ray dan DVD pada Jun 7, 2011.