Dalam bidang geografi fizikal, tundra (Rusia: тундра serapan Sámi Kola tūndâr "tanah tinggi, kawasan gunung tanpa pokok" serumpun kata Finland tanner "tanah batu keras" dan tunturi "tanah menggunung tinggi";[1][2] kelas iklim Köppen: ET) ialah sejenis biom di mana pertumbuhan pokok dibantut oleh suhu rendah dan musim bertumbuh yang singkat. Terdapat tiga jenis tundra, iaitu tundra Artik,[3] tundra alp,[3] dan tundra Antartik.[4]
Di kawasan ini, tumbuh-tumbuhannya terdiri daripada pokok renek kerdil, rusiga, rumput, lumut dan liken, serta pokok yang berselerak. Ekoton (atau kawasan sempadan ekologi) di antara tundra dan hutan dikenali sebagai batasan pokok kayu.