Tunku Abdul Rahman Al-Haj | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor | |||||||||
Tunku Panglima Johor | |||||||||
Pemerintahan | 22 November 2012 - kini | ||||||||
Pelantikan | 22 November 2012 | ||||||||
Keputeraan | Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Tunku Ibrahim Ismail Johor Bahru, Johor | 5 Februari 1993||||||||
| |||||||||
Kerabat | Temenggong | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Nama lain | Putera Jefri Ibrahim | ||||||||
Kesetiaan | ![]() | ||||||||
Perkhidmatan | ![]() | ||||||||
Pangkat | Kolonel |
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru)[1] adalah Tunku Panglima Johor. Beliau ialah anakanda kelima dan putera keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.[2]
Tunku Abdul Rahman juga ialah pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[3][4]
Minat yang mendalam kepada sukan golf menjadikan Tunku Abdul Rahman sebagai Penaung DiRaja Persatuan Golf Pelancongan Johor (JGTA) selain mengilhamkan penganjuran Piala Cabaran Tunku Panglima Johor pada 2017 bagi mempromosikan sukan berkenaan sebagai antara tarikan pelancongan di Johor.
Pada 2019, Tunku Abdul Rahman membuat penampilan pertama sebagai pelumba kereta di Siri Blancpain GT World Challenge Asia 2019 bagi pasukan Johor Motorsport Racing serta mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan dalam sukan berkenaan.
Pada 10 Februari 2024, Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Le Mans Asia yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.[5]