Twinkle Khanna | |
---|---|
Kelahiran | Tina Jatin Khanna 29 Disember 1973 |
Warganegara | India |
Nama lain | Tina |
Pekerjaan | Pengarang, kolumnis, pereka dalaman, penerbit filem, bekas pelakon |
Tahun aktif |
|
Pasangan | Akshay Kumar (k. 2001) |
Anak-anak | 2 |
Ibu | Dimple Kapadia |
Bapa | Rajesh Khanna |
Saudara | Rinke Khanna (adik) Simple Kapadia (ibu saudara) |
Anugerah |
|
Tina Jatin "Twinkle" Khanna (lahir 29 Disember 1973) ialah seorang pengarang, kolumnis, penerbit filem, pereka dalaman dan bekas pelakon India. Buku terkininya, Pyjamas Are Forgiving (Juggernaut Books, 2018) dikeluarkan pada September 2018 dan telah menjadikannya penulis buku terlaris di India pada tahun 2018, menurut Nielsen BookScan India.[1] Dua buku terdahulunya, Mrs Funnybones dan The Legend Of Lakshmi Prasad, juga paling laris.[2][3] Beliau mula berlakon pada 1995 dengan Barsaat dan telah berlakon sebanyak 16 filem.
Selepas meninggalkan kerjaya lakonan, pada tahun sama, beliau beralih ke rekaan dalaman dan merupakan pemilik bersama The White Window, rangkaian gedung rekaan dalaman yang beroperasi Mumbai. Beliau ialah pengasas bersama syarikat penerbitan Grazing Goat Pictures, dan telah menerbitkan 6 filem termasuk drama bahasa Marathi 72 Miles. Beliau menerbitkan filem pemenang Anugerah Filem Kebangsaan[4][5] Pad Man, yang juga merupakan filem yang diiktiraf secara kritis berdasarkan kehidupan Arunachalam Muruganantham, dengan tumpuan yang kuat untuk menghilangkan pantang larang di sekitar haid, topik yang tidak pernah diterokai di panggung wayang sebelum ini.[6]
Khanna ialah duta India bagi L'Oréal.[7]