Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan mikroblog yang dimiliki oleh Twitter, Inc. Twitter membolehkan pengguna menghantar dan membaca kiriman pesanan teks pendek berbentuk "kicauan" atau "ciapan" (tweet) sehingga 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, sistem pesanan ringkas (SMS) atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.
Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara. Pada September 2017, Twitter telah menguji peningkatan had kepanjangan aksara dengan menggandakannya kepada 280 aksara untuk sekumpulan kecil pengguna.[6] Pada 7 November 2017, Twitter telah membenarkan pengguna Twitter untuk mengirim tweet sepanjang 280 aksara kecuali bagi yang menggunakan bahasa Cina, Korea dan Jepun.[7]
Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"[8] kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.
Twitter merupakan satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia mengikut analisis trafik webAlexa.[9] Biaprun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan[10] berdasarkan kiraan 6 juta pengunjung bulanan unik dan 55 juta kunjungan sebulan.[10] Pada Mac 2009, sebuah blog Nielsen.com meletakkan Twitter sebagai laman paling pesat membangun dalam kategori "Member Communities" pada Februari 2009. Twitter mencatat perrtumbuhan bulanan sebanyak 1,382%, diikuti Zimbio (240%), dan Facebook (228%).[11] Walaupun demikian, hanya 40 % pengguna Twitter mampu dikekalkan.[12]
^D'Monte, Leslie (2009-04-29). "Swine flu's tweet tweet causes online flutter". Business Standard. Dicapai pada 2009-05-28. Also known as the 'SMS of the internet', Twitter is a free social networking and micro-blogging service