Ulat sutera | |
---|---|
Ulat sutera
| |
Pengelasan saintifik | |
|
Ulat sutera (Jawi: اولت سوترا) (Latin: Bombyx mori, "ulat sutera pokok mulberi") adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi. Ia berasal dari utara China.
Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar. Ia makan daun siang dan malam berterusan. Dengan itu mereka cepat membesar. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap, ia bererti masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat, yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera.