Ultraman Tiga | |
---|---|
Genre | Sains Fiksyen Superhero Tokusatsu Aksi |
Pencipta | Tsuburaya Productions |
Dibintangi oleh | Hiroshi Nagano Takami Yoshimoto Akitoshi Ohtaki Shigeki Kagemaru Yukio Masuda Yoichi Furuya Mio Takaki |
Pencerita suara latar | Issei Futamata |
Lagu pembukaan | Take Me Higher by V6 |
Lagu penutup | Brave Love, Tiga by 地球防衛団 (the Earth Defense Force) |
Penggubah | Tatsumi Yano |
Negara asal | Jepun |
Bilangan episod | 52 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 24 minit (setiap episod) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TBS, MBS (JPN), Fox *4Kids TV* (US) |
Siaran asal | 7 September, 1996 – 30 Ogos, 1997 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ultraman Zearth |
Diikuti oleh | Ultraman Dyna |
Rancangan berkaitan | |
Laman sesawang |
Ultraman Tiga (ウルトラマンティガ , Urutoraman Tiga) ialah rancangan TV tokusatsu Jepun dan rancangan ke-11 dalam Siri Ultra. Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions, Ultraman Tiga disiarkan 6:00pm antara 7 September, 1996 hingga 30 Ogos, 1997, dengan jumlah 52 episod dengan 4 filem (3 adalah gabungan, 1 sekuel terus dari siri) selepas selang francais melebihi 15 tahun, disetkan di alam semesta berlainan dari siri sebelumnya dan dikemaskinikan dengan penampilan dan perasaan baru. Tiga ialah Ultraman pertama dengan mod pertarungan berbilang dan warna bukan merah. Ia merupakan salah satu entri popular dalam Siri Ultra. Disebabkan kemasyhuran Tiga , ia mendapat pendedahan lebih di TV dan filem berbanding Ultraman Heisei lain. Ultraman Tiga juga dialih bahasa dalam bahasa Inggeris oleh 4Kids Entertainment dan ditayangkan di Amerika Syarikat sebagai sebahagian rancangan blok Fox Box di gabungan Fox Broadcasting Company, Siri Ultra ketiga disiarkan di Amerika Syarikat.