Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E
Mukim Ulu Yam | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim/Bandar |
Asal nama | Ulu Yam |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Hulu Selangor |
Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
Mukim | Hulu Yam |
Poskod | 44300/48200 |
Kawasan | Hulu Yam Lama, Hulu Yam Bharu, Antara Gapi |
Keluasan | 27 456 ekar |
Ulu Yam atau ejaan baharu, Hulu Yam merupakan sebuah mukim dan bandar utama kategori dua di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Hulu Yam mempunyai dua pusat penduduk iaitu Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu. Kadangkala, Antara Gapi juga turut dikira. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang berpusat di Kuala Kubu Bharu. Poskod bagi kawasan Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu sama dengan poskod bagi mukim Batang Kali iaitu 44300. Manakala poskod bagi kawasan Antara Gapi ialah 48200 seiring dengan Serendah.
Mukim Hulu Yam mempunyai beberapa pekan dan bandar kecil yang terletak di Hulu Yam Bharu dan Antara Gapi. Bandar-bandar tersebut dilengkapi dengan restoran masakan Melayu, restoran masakan Cina, pasaraya kecil, restoran makanan segera dan lain-lain. Kebanyakan penduduk yang menetap di bandar ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu dan Cina.
Di Antara Gapi pula dilengkapi dengan pusat komersial moden, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya kecil dan restoran.