Umamusume Pretty Derby

Umamusume Pretty Derby (ウマ娘 プリティーダービー, Umamusume Puritī Dābī, har.  "Gadis Kuda Derby Cantik") ialah francais multimedia yang dicipta oleh Cygames. Permainan mudah alih untuk iOS dan Android pada mulanya dijadualkan penerbitannya pada akhir 2018 sebelum kemudiannya ditangguhkan hingga Februari 2021. Siri televisyen anime 13 episod adaptasi oleh P.A. Works disiarkan dari April hingga Jun 2018 lalu diikuti pula oleh musim kedua oleh Studio Kai yang disiarkan dari Januari hingga Mac 2021 dan kemudiannya musim ketiga yang disiarkan dari Oktober hingga Disember 2023. Siri televisyen anime adaptasi daripada manga rantingan Umayon disiarkan dari Julai hingga September 2020. Anime web pendek bertajuk Umayuru ditayangkan pada Oktober 2022. Anime web kedua bertajuk Umamusume Pretty Derby: Road to the Top ditayangkan pada April 2023 dan ditayangkan selama empat episod. Filem anime bertajuk Umamusume Pretty Derby: Beginning of a New Era ditayangkan di Jepun pada Mei 2024. Siri televisyen anime adaptasi Umamusume: Cinderella Gray akan ditayangkan pada April 2025.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne