Dato' Undang Luak Johol, Negeri Sembilan | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Y.T.M Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Laksamana Pertama (K.) Dato' Muhammad bin Dato’ Haji Abdullah sejak 2016 | |
Butiran | |
Gelaran | Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia |
Pewaris takhta | Dato' Baginda Luak Johol, Negeri Sembilan |
Penyandang pertama | Puteri Sitiawan |
Pembentukan | 1723 |
Dato' Undang Luak Johol, Negeri Sembilan merupakan Pemerintah atau Raja sebagaimana fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 8 Undang - Undang Tubuh Negeri Sembilan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak Johol. Luak (Negeri) Johol merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. Baginda memerintah Negeri Sembilan Darul Khusus bersama Yang Dipertuan Besar ,Undang Luak Sg Ujong, Jelebu,Rembau dan Tunku Besar Tampin.
Gelaran bagi Tuanku Dato' Undang Luak Johol ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan. Gelaran itu mula digunakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Dato' Undang Luak Johol yang pertama iaitu seorang wanita bergelar Puteri Kanun atau Puteri Sitiawan yang memerintah sejak 1723[1]. Ketika itu Negeri Sembilan masih tidak dibentuk dan Johol sebuah Negeri yang berdaulat yang diperintah oleh Puteri Sitiawan, baginda ialah anak kepada Bendahara Paduka Raja Sekudai Tun Jenal dari Kesultanan Johor lama.