Undang Luak Sungai Ujong

Dato' Undang Luak Sungei Ujong,
Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak
sejak 1993
Butiran
GelaranKe Bawah Kaus Yang Teramat Mulia
Penyandang pertamaDato' Kelambu Muhammad Tumbu bin Dato' Bendahara Sekudai
Pembentukan1700-an

Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Negeri Sembilan adalah Pemerintah atau Raja sebagaimana perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak (Negeri) Sungei Ujong, Luak Sungei Ujong merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan[1]. Dato' Undang Luak Sungei Ujong adalah Dato' Undang yang paling kanan diantara Undang yang Empat.

Gelaran bagi jawatan ini ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong. Dato' Undang Luak Sungei Ujong mula menggunakan gelaran itu selepas memperoleh cop mohor kebesaran dan perakuan kedaulatan daripada Sultan Johor pada 1760.[1][2]

  1. ^ a b Rosiswandy bin Mohd Salleh. "Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan" (PDF). Jabatan Muzium Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-09-30. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  2. ^ "Sungai Ujong". Royalark. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne