![]() | Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (December 2019) |
![]() | |
Jenis | Private |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1986 |
Pengasas | Dato' Peter Ng |
Naib Canselor | Academician Senior Professor Dato' Dr Khalid Yusoff |
Pro-Canselor | YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz |
Pelajar | 13,000 (2018) |
Lokasi | , |
Kampus | Kuala Lumpur, Sarawak, Terengganu, Bandar Springhill |
Laman sesawang | www |
Universiti UCSI ialah sebuah universiti yang diasaskan pada tahun 1986 dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.
Terdapat empat buah kampus Universiti UCSI di seluruh Malaysia iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Kuala Terengganu, Terengganu dan terbaharu kampus Springhill di Negeri Sembilan.
Universiti UCSI terus memperbaiki ranking tahun demi tahun, sekaligus menempatkan diri dalam kelompok universiti terbaik di dunia. Dalam QS World University Rankings 2021, UCSI berada di kedudukan 391 sekaligus berjaya memperbaiki ranking di kedudukan 400 universiti terbaik dunia [1] [2]. UCSI juga antara universiti yang paling cepat meningkat (QS University Rankings: Asia 2018).
Institut Muzik UCSI (IMus) telah berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila terus berada dalam ranking 100 terbaik dunia dan dinobat sebagai institusi terbaik di Malaysia bagi seni persembahan tiga kali berturut-turut dalam QS World University Rankings by Subject bagi tahun 2018, 2019 and 2020.
UCSI menawarkan pelbagai disiplin termasuk perubatan, farmasi, kejuruteraan, IT, sains gunaan, perniagaan, seni bina, muzik, sains sosial, seni kreatif dan hospitaliti.
Menjalin kerjasama dengan lebih 4,200 syarikat, UCSI mempunyai jaringan universiti-industri terbesar di Malaysia untuk pelajar dan staf menjalankan praktikal, peluang pekerjaan, pertukaran pengetahuan dan penyelidikan bersama. UCSI juga mencatat kedudukan dalam QS Graduate Employability Rankings 2019.[3]
UCSI juga aktif mempromosikan matlamat pembangunan lestari (SDG) dan merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) melalui kampusnya di Sarawak oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jepun tahun 2019. [4]