早稲田大学 | |||||
![]() | |||||
Moto | 学問の独立 (Independence of Learning) | ||||
---|---|---|---|---|---|
Jenis | Universiti swasta | ||||
Ditubuhkan pada | 1882 | ||||
Presiden | Katsuhiko Shirai | ||||
Staf akademik | 2,038 sepenuh masa 3,847 sambilan | ||||
Siswazah | 45,757 | ||||
Ijazah/Sarjana | 8,471 | ||||
Lokasi | , , 35°42′33.13″N 139°43′9.6″E / 35.7092028°N 139.719333°EKoordinat: 35°42′33.13″N 139°43′9.6″E / 35.7092028°N 139.719333°E | ||||
Kampus | Luar bandar | ||||
Atletik | 43 pasukan varsiti | ||||
Warna | Maroon [1] | ||||
Penggabungan | Universiti 21, APRU | ||||
Maskot | Waseda Bear (rasmi) | ||||
Laman sesawang | www.waseda.jp | ||||
Kanji | 早稲田大学 | ||||
Hiragana | わせだだいがく | ||||
|
Universiti Waseda (早稲田大学 Waseda Daigaku; atau disingkat 早大 Soudai) ialah salah satu daripada dua universiti swasta paling berprestij di Jepun (satu lagi ialah Universiti Keio) sementara dua universiti negeri paling berprestij ialah Universiti Tokyo dan Universiti Kyoto. Waseda terletak di daerah Shinjuku di Tokyo. Waseda terkenal dengan cogan kata liberalnya yang disimbolkan dengan mottonya "Independence of Learning" atau "Kebebasan Belajar".[1]
Waseda diasaskan oleh seorang samurai terpelajar bernama Okuma Shigenobu pada 1882, dan menjadi universiti penuh pada 1902. Hampir sebahagian besar dari kampusnya musnah oleh serangan bom semasa Perang Dunia II namun dibangun dan dibuka semula pada 1949.
Program sastera Waseda amat terkenal, dan lulusannya termasuk Haruki Murakami dan Tawara Machi.
Waseda juga dikenali kerana melahirkan ramai tokoh politik Jepun. Enam Perdana Menteri Jepun pasca-perang ialah lulusan Waseda: Tanzan Ishibashi (1956 - 1957), Noboru Takeshita (1987 - 1989), Toshiki Kaifu (1989 - 1991), Keizo Obuchi (1998-2000), Yoshiro Mori (2000-2001), dan Yasuo Fukuda (2007-2008).
Alumninya juga termasuk pelbagai pemimpin syarikat besar seperti Masaru Ibuka (pengasas Sony), Kenichi Ohmae (pengasas dan bekas rakan kongsi kanan McKinsey & Company, Lee Kun-hee (pengerusi Samsung), Fukui Takeo (CEO Honda) dan lain-lain.