Kumpulan → | 6 |
---|---|
↓ Kala | |
4 | 24 Cr |
5 | 42 Mo |
6 | 74 W |
7 | 106 Sg |
Kumpulan unsur 6 juga dikenali sebagai kumpulan Kromium merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-6 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada kromium (Cr), molibdenum (Mo), tungsten (W), dan seaborgium (Sg). Unsur-unsur kumpulan ini mempunyai nombor pengoksidaan +2, +3 dan +6.
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.
Z | Unsur | Bilangan elektron/petala | nombor pengoksidaan utama |
---|---|---|---|
24 | kromium | 2, 8, 13, 1 | 0,+2,+3,+6 |
42 | molibdenum | 2, 8, 18, 13, 1 | 0,+4,+6 |
74 | tungsten | 2, 8, 18, 32, 12, 2 | 0,+6 |
106 | seaborgium | 2, 8, 18, 32, 32, 12, 2 | 0,+6(dikirakan) |
“Kumpulan 6” adalah nama baru yang diperkenalkan oleh IUPAC; nama lamanya ialah “kumpulan VIA” dalam sistem lama di Eropah atau “kumpulan VIB” dalam sistem lama di Amerika Syarikat. Kumpulan 6 tidak patut menjadi kekeliruan dengan kumpulan VIB (sistem Eropah) atau Kumpulan VIA (sistem AS) kerana kumpulan-kumpulan itu telah ditukarkan namanya kepada kumpulan 16.