Urtica dioica atau juga dikenali dengan nama jelatang,[1] daun gatal,[1] dan netel (juga dalam bahasa Belanda selain brandnetel ; bahasa Inggeris: nettle ) adalah tumbuhan saka herba berbunga dalam keluarga Urticaceae bertaburan asal di Eropah, kawasan iklim sederhana Asia dan barat Afrika Utara[2] namun ia kini didapati di seluruh dunia, termasuk New Zealand [3] dan Amerika Utara.[4][5]
Ada seberapa tumbuhan ini yang dikenali kerana mempunyai bulu-bulu halus pada dedaun dan batang yang mengandungi histamin dan bahan kimia lain yang menyengat apabila bersentuhan dengan kulit.[6][7]