PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Kehamilan adalah satu kejadian di mana sperma bergabung dengan ovum dan zigot yang terbentuk kemudiannya melekat kepada dinding rahim untuk tumbesaran berikutnya. Pada sesetengah pasangan, kehamilan agak sukar berlaku sungguhpun selepas beberapa tahun berlalu. Bagaimanapun hal ini adalah perkara biasa bagi sesuatu pasangan tidak hamil sehingga dua atau tiga tahun kawin dan tidak perlu dirisaukan. Bagi pasangan yang masih tidak hamil selepas lima tahun, adalah digalakkan bagi menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan kedua pasangan tidak menghadapi masalah. Bagaimanapun bagi pasangan yang tidak mengalami masalah perubatan bagi hamil, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan peluang untuk hamil. Bagaimanapun, ini hanyalah bagi pasangan yang tiada masalah klinikal seperti PCOS, uterus tersumbat, mati pucuk dan sebagainya.