Usop Wilcha | |
---|---|
Kelahiran | Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail 27 September 1965 |
Nama lain | Syed Mohamad Asri, Shy8, Usop Wilcha |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio |
Tahun aktif | 1996–kini |
Majikan | Media Prima Audio (2011-12) |
Pasangan | Noorafizah Abdul Aziz |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Scha Al-Yahya (anak saudara) |
Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha atau Shy8 (lahir 27 September 1965)[1] merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia.[2] Dilahirkan di Ipoh, Perak, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem dan sering kali membintangi drama dan filem arahan pengarah Mamat Khalid. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad, dan masih meneruskan kerjaya profesional beliau itu.
Usop memulakan kerjaya muzik pada 1996 apabila beliau mengeluarkan satu-satunya album studio beliau, Terasing di Bumi Sendiri yang memuatkan single dengan judul sama yang digunakan sebagai lagu tema kempen anti AIDS. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pelakon, Scha Al-Yahya[3]