Vaksin taun

Vaksin kolera atau taun merupakan vaksin yang efektif dalam pencegahan kolera atau taun.[1] Ia berkesan kira-kira 85% dalam tempoh enam bulan pertama dan berkesan 50–60% dalam tempoh tahun yang pertama.[1][2][3] Keberkesanannya mengurang sehingga kurang daripada 50% selepas dua tahun. Apabila sebahagian besar populasi diimunkan, manfaat daripada keimunan kelompok mungkin berlaku dalam kalangan mereka yang tidak diimunkan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan penggunaan vaksin-vaksin ini dalam gabungan dengan langkah lain dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi. Dua atau tiga dos daripada vaksin dalam bentuk yang diambil melalui mulut biasanya disyorkan.[1] Vaksin dalam bentuk boleh suntik boleh didapati di beberapa kawasan, tetapi tidak semua kawasan dunia.[2][1]

Kedua-dua jenis vaksin yang diambil melalui mulut yang ada biasanya selamat. Sakit perut atau cirit-birit yang ringan mungkin berlaku. Ia selamat digunakan semasa hamil dan dalam kalangan mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah. Ia dilesenkan untuk penggunaan di lebih daripada 60 buah negara. Penggunaannya di negara yang penyakit ini biasa ditemui nampaknya efektif kos.[1]

Vaksin pertama digunakan untuk mencegah kolera dibangunkan pada lewat tahun 1800-an. Ia merupakan vaksin pertama yang digunakan secara meluas yang dihasilkan di dalam makmal.[4] Vaksin yang diambil melalui mulut diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1990-an.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[5] Kos untuk mengimun terhadap kolera ialah antara 0.1 hingga 4.0 dolar Amerika.[6]

  1. ^ a b c d e f "Cholera vaccines: WHO position paper."
  2. ^ a b Graves PM, Deeks JJ, Demicheli V, Jefferson T (2010).
  3. ^ Sinclair D, Abba K, Zaman K, Qadri F, Graves PM (2011).
  4. ^ Stanberry, Lawrence R. (2009).
  5. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  6. ^ Martin, S; Lopez, AL; Bellos, A; Deen, J; Ali, M; Alberti, K; Anh, DD; Costa, A; Grais, RF; Legros, D; Luquero, FJ; Ghai, MB; Perea, W; Sack, DA (1 December 2014).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne