Vanescaves ialah klad burung Strisores yang berkemungkinan termasuk klad-klad Steatornithiformes, Nyctibiiformes, Podargiformes, dan Apodimorphae. Sesetengah kajian molekul menyokong pengelompokan burung-burung tersebut,[1][2][3] manakala yang lain mecadangkan susunan bercanggah bagi burung-burung Strisores bukan dalam Apodimorphae.[4][5][6] Pada tahun 2019, pengarang Chen et al. melakukan pencerakinan gabungan menggunakan 2289 unsur ultra-terabadi [UCEs], 117 ciri-ciri morfologi daripada taksa yang wujud dan fosil mendapat sokongan dalam klad tersebut.[7] Penulis kemudiannya mengusulkan untuk menamakan kumpulan tersebut, yang maknanya dalam bahasa Rumi ialah "burung lenyap" merujuk kepada sifat taburan geografinya yang berbeza-beza, serta puisi "A Route of Evanescence" oleh penyair Amerika Emily Dickinson yang menampilkan burung madu sebagai subjek utama.[7] Pada tahun 2020 Chen & Field menamakan dua subklad utama untuk kumpulan tersebut, iaitu Sedentaves dan Letornithes.[8]
Di bawah ialah filogeni keseluruhan Vanescaves serta kumpulan kerabatnya Caprimulgidae selepas Prum et al. (2015),[2] White & Braun (2019)[3], dan Chen et al. (2019),[7] dengan nama filokod mengikuti Chen & Field (2020).[8]
^ abPrum, Richard O.; Berv, Jacob S.; Dornberg, Alex; Field, Daniel J.; Townsend, Jeffrey P.; Lemmon, Emily Moriarty; Lemmon, Alan R. (2015). "A comprehensive phylogeny of birds (Aves) using targeted next-generation DNA sequencing". Nature (dalam bahasa Inggeris). 526 (7574): 569–573. Bibcode:2015Natur.526..569P. doi:10.1038/nature15697. PMID26444237.
^Mayr, Gerald (2002). "Osteological evidence for paraphyly of the avian order Caprimulgiformes (nightjars and allies)". Journal für Ornithologie. 143 (1): 82–97. doi:10.1007/bf02465461.