Vincent Tan


Vincent Tan Chee Yioun

PSM (Malaysia); SSMT (Terengganu); SJMK (Kelantan);
SPMT (Terengganu); SIMP (Pahang)
陳志遠
Kelahiran (1952-02-23) 23 Februari 1952 (umur 72)
Pekerjaan
  • Ahli perniagaan
  • pelabur
  • dermawan
PangkatPengasas dan Pengurusi di Berjaya Corporation Berhad
Pemilik Cardiff City F.C.
Pemilik Majoriti FK Sarajevo
Parti politik
PasanganPuan Sri To' Puan Seri Esther Tan[1]
Anak-anak11, termasuk Chryseis Tan, Robin Tan dan Nerine Tan[1]
IbuLow Siew Beng
BapaTan Lam Hui
SaudaraDanny Tan (abang)

Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun[2] (Bahasa Cina:陳志遠;pinyinChén Zhìyuǎn;Pe̍h-ōe-jī:Tân Chì-uán; lahir 23 Februari 1952) ialah seorang ahli perniagaan dan pelabur berbangsa Cina. Beliau adalah pengasas Berjaya Corporation Berhad, sebuah perniagaan konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Selain memegang saham melalui kumpulan syarikat Berjaya Corporation, antara saham Tan yang lain termasuk saham dalam perniagaan berkaitan internet, utiliti air, media, peruncitan dan telekomunikasi.

Pada tahun 2010, beliau memasuki senarai bilionair Forbes dengan anggaran nilai USD 1.6 bilion (RM4.2 bilion).[3] Kejayaan Tan dalam sektor perniagaan Malaysia sebahagiannya dikaitkan dengan persahabatan akrab beliau dengan tokoh politik Melayu ternama.[2][4]

  1. ^ a b "Forbes Profile: Vincent Tan". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2014. Dicapai pada 10 November 2023.
  2. ^ a b Rajeswary Ampalavanar Brown (1996). Chinese business enterprise. 4. Taylor & Francis. m/s. 129. ISBN 0-415-14293-8. Dicapai pada 22 Mei 2010.
  3. ^ "Vincent Tan in Forbes billionaires list". The Star. Star Publications. 12 Mac 2010. Dicapai pada 22 Mei 2010.
  4. ^ Qinghuang Yan (2008). The Chinese in Southeast Asia and beyond: socioeconomic and political dimensions. World Scientific. m/s. 54–55. ISBN 978-981-279-047-7.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne