Vivek Murthy | |
---|---|
![]() | |
Naib Pengerusi Badan Penasihat COVID-19 | |
Dilantik | |
Dijangka mula menjawat 20 Januari 2021 | |
Presiden | Joe Biden (terpilih) |
Menggantikan | Mike Pence |
Doktor Bedah Am Amerika Syarikat ke-19 | |
Dalam jawatan 18 Disember 2014 – 21 April 2017 | |
Presiden | Barack Obama Donald Trump |
Didahului oleh | Boris Lushniak |
Digantikan oleh | Jerome Adams |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Vivek Hallegere Murthy 10 Julai 1977 Huddersfield, England, United Kingdom |
Parti politik | Parti Demokrat |
Pasangan | Alice Chen (k. 2015) |
Pendidikan | Universiti Harvard (BA) Universiti Yale (MD, MBA) |
Vivek Hallegere Murthy (Bahasa Kannada: ವಿವೇಕ ಹಳ್ಳಿಗೆರೆ ಮೂರ್ತಿ,[1] lahir 10 Julai 1977) oalah seorang doktor Amerika Syarikat dan bekas timbalan laksamana di Kor Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Awam yang memegang jawatan sebagai Doktor Bedah Am Amerika Syarikat kesembilan belas.[2] Menubuhkan pertubuhan bukan untung Doctors for America pada 2008, Murthy ialah Doktor Bedah Am berdarah India pertama dan perwira panji tugas aktif termuda dalam perkhidmatan seragam persekutuan masih bertugas.
Pada 9 November 2020, Presiden terpilih Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan bahawa Murthy akan menjadi naib pengerusi Badan Penasihat COVID-19, bersama bekas pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Dadah David A. Kessler dan profesor kesihatan masyarakat Yale Marcella Nunez-Smith.[3]