Vokal bundar hampir belakang hampir sempit

AFA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
Hampir sempit
Separuh sempit
Tengah
Separuh luas
Hampir luas
Luas

Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar

Nombor AFA321
Pengekodan
X-SAMPAU
Imej
Sampel audio
noicon

Vokal bundar hampir belakang hampir sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʊ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan U dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya berupa huruf omega besar (Ω) yang dikecilkan dan terbalik, tetapi secara rasminya dikenali sebagai small Latin letter upsilon (huruf upsilon Rumi kecil).

Terdapat juga vokal tak bundar hampir belakang hampir sempit, tetapi memandangkan tiada bahasa yang diketahui membezakan kebundaran vokal ini, maka IPA belum mempiawaikan lambang khusus untuk vokal tak bundar tersebut, sebaliknya adanya beberapa transkripsi yang boleh diterima seperti ‹ɯ̽› dan ‹ʊ̜›.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne