Vokal tak bundar depan separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɛ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan E dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya berupa huruf epsilon kecil dari abjad Yunani.
Sesetengah penutur bahasa Melayu memakai vokal ini untuk huruf e dalam kata pinjaman Inggeris seperti pen atau beg dibezakan dari [e] (vokal tak bundar depan separuh sempit/tengah) untuk kata bahasa Melayu jati. Ia sendirinya alofon vokal di atas, tetapi loghat tertentu seperti loghat Kelantan dijumpai kedengaran membezakan ia sebagai vokal yang tersendiri.[1]