Volt (simbol: V) ialah unit daya gerak atau beza keupayaan elektrik.[1] Sebagai contoh, beza upaya elektrik yang dibekalkan ke rumah ialah 240 volt.
Istilah volt diambil daripada nama seorang ahli fizik berbangsa Itali, Alessandro Volta yang mencipta model cerucuk kuasa duluan bateri moden pertama.