Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Oktober 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Voltaire | |
---|---|
Lahir | François-Marie Arouet 21 November 1694 Paris, Kerajaan Perancis |
Meninggal dunia | 30 Mei 1778 Paris, Kerajaan Perancis | (umur 83)
Tempat pengebumian | Panthéon, Paris, Perancis |
Pekerjaan | Penulis, ahli falsafah |
Bahasa | Perancis |
Alma mater | Collège Louis-le-Grand |
Rakan kongsi | Émilie du Châtelet (1733–1749) |
François-Marie Arouet (21 November 1694 – 30 Mei 1778) atau lebih dikenali dengan nama penanya Voltaire ialah seorang penulis, deis dan ahli falsafah semasa Zaman Kesedaran Perancis.
Beliau dikenali dengan akalnya yang tajam, penulisan falsafah, perjuangan hak-hak seseorang dan pertahanan hak-hak sivil termasuk kebebasan beragama dan hak ke atas perbicaraan yang adil. Beliau ialah seorang yang kuat bersuara mengenai pergaturan semula masyarakat semasa undang-undang yang menghalang kebebasan bersuara yang membawa hukuman berat dikuatkuasakan di Perancis. Beliau banyak mengkritik dogma Gereja dan institusi Perancis dengan penulisan sinisnya. Pendapatnya yang membentuk pemikiran liberalisme membuatkannya sebagai salah satu tokoh yang paling berpengaruh di waktunya.